Sunday, April 4, 2010

Warkah cinta buat Fatimah Az-Zahrah

Assalamualaikum warahmatullah

Ke hadapan Fatimah Az-Zahrah yang sentiasa ku kasihi dan ku cintai,
Fatimah, aku tak pernah berhenti memerhatikanmu walaupun di saat kau seolah-olah menghindar dariku. Aku akan sentiasa menjagamu walau kau seperti tidak menghargainya.Kau tahu betapa dalam cintaku padamu hingga aku tidak sanggup lagi untuk memendam apa yang ku rasa ini. Bacalah Fatimah dan pahatlah dalam sanubarimu, jangan lepaskannya walaupun sesaat.

Fatimah, kau pernah membisikkan padaku, bahawa tujuan hidupmu adalah untuk mengabdikan dirimu kepada Allah, apa yang kau lakukan hanya kerana Allah dan kau akan sentiasa menjadi pemburu redha Allah. Fatimah, aku masih ingat kata-katamu pada suatu malam ketika kau menangis tersedu-sedan dan mula mengadu padaku. Katamu, dunia ini tidak kekal,satu hari nanti kau akan mati meninggalkan dunia dan menempuh alam akhirat. Di sana kau akan tinggal selama-lamanya. tapi kau perlu memilih salah satu antara kesenangan yang sementara di dunia atau kenikmatan abadi di akhirat. Kau katakan padaku, bahawa kau telah membuat keputusan untuk memilih kenikmatan yang abadi dan kau sedar apa yang kau perlu lakukan untuk mendapatkannya.

Ya, aku dapat lihat kesungguhanmu, mengerjakan ibadah dan selalu berdoa dengan pasrah. Aku tenteram dengan keadaanmu itu, sehingga aku merasa sangat istimewa berada di sampingmu. Kemudian kau datang lagi padaku,kali ini dengan wajah penuh ketegasan, aku masih ingat butir bicaramu. Kau bilang, ibadah bukan hanya solat,puasa, haji, tapi semua perkara boleh jadi ibadah jika kau lakukan kerana Allah. Kau tambah lagi, bahawa selama ini kau lupa dengan satu lagi kewajipan, iaitu amar maaruf nahi munkar. Aku tersenyum dan sangat bahagia mendengar kata-katamu. Aku lihat kau gigih dalam usahamu.

Tapi hari ini aku lihat kau mula jauh dari tujuan hidupmu. Adakah kau sudah lupa Fatimah? Apakah kau lupa segala janjimu padaku Fatimah. Tidak, aku yakin kau tidak berubah, kau cuma terleka. Kembalikan semangatmu Fatimah, aku akan sentiasa di sisimu, akan sentiasa mendengar luahan sedih dan dukamu. Bukankah selama ini aku sudah membuktikan kesetiaanku padamu? Aku tidak pernah meninggalkan kau dalam apa keadaan sekali pun. Kau adalah sebahagian daripada diriku dan aku adalah sebahagain daripada dirimu. Ketahuilah Fatimah, betapa aku kasihkan dirimu hingga aku tidak rela api neraka menyentuhmu.

Kembalilah pada Allah, yang telah menciptakan aku dan engkau. Hanya dengan itu kita akan berbahagia selama-lamanya.







Yang tidak akan pernah meninggalkamu,

~IMAN~

No comments:

Post a Comment

We are not just selling a product, we are promoting a healthier lifestyle :)

Our Long Journey

Daisypath Anniversary tickers

ShareThis

Need He